Abu Hurairah r.a. memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, Allah s.w.t. berfirman: Sesungguhnya, Aku adalah sebahagiamana yang disangkakan oleh hambaku, adalah aku bersamanya apabila dia mengingati Aku, jika dia mengingati aku didalam hati nya, maka Aku mengingati dia dalam hatiKu, dan jika dia mengingati Aku dalam jemaah maka Aku ingati dia dalam jemaah lebih baik (iaitu dalam jemaah para malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa). Apabila Hambaku mendekati Ku sejengkal, maka aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati aku sehasta maka Aku dekati dia sedapa. dan apabila dia datang mendekati aku berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari.
Keterangan:----
Hadis ini mengandungi berbagai-bagai keterangan . Pertamanya: Allah berfirman- Aku adalah bertindak terhadap hambaKu , sebagaimana yang disangkakan olehnya. Maksudnya: hendaklah sentiasa mengharapkan kurnia dan rahma dari Allah s.w.t ., janganlah sekali-kali berputus harap dari rahmat nya. Walau pun kita berdosa dan telah melampaui batas yang kita percaya bahawa segala dosa dan kesalahan kita itu pasti akan dibalas, namun begitu jangalah sekali-kali berputus harap dari rahmat Allah s.w.t. mengampuni dosa kita semata-mat dengan rahmat kurnianya.