Facebook

Isnin, 26 Mei 2008

Manusia Tak malu

*Jika malu sudah tercabut daripada hati
Hatinya sudah tidak terasa apa apa tentang apa yang dia cakap dan apa yang
dia buat
Dia akan bercakap apa sahaja tanpa disukat
Dia juga berbuat apa sahaja tanpa memikir akibat *
*Orang yang tidak malu, Tuhan tidak ada di dalam kamus hidupnya
Tuhan ada atau tiada dia tidak ambil kira lagi
Yang dia fikir dia bebas, dia boleh buat apa dia suka
Kebebasan jangan di sekat, orang lain peduli apa
*
*Bercakap lucah boleh aje, mencarut tidak mengapa
Pegang dan tepuk perempuan perkara biasa
Pada dia tidak ada pantang larangnya
Apa orang hendak kata, biarlah apa dia hendak kata
*
*Banyak orang cacat hati, dia tidak terasa apa apa
Hatinya telah kebal daripada merasa malu dengan manusia
Orang pun telah bercakap cakap tentang nya
Bukan dia malu bahkan terasa megah dan bangga pula
*
*Begitulah jika sifat malu pada seseorang sudah tidak ada
Padahal malu itu perbezaan di antara haiwan dan manusia
Apabila malu sudah tercabut daripada hati manusia
Itulah dia haiwan yang berupa manusia yang melata.*
* *
*Oilh Cikgu Ku*
* *
****

Sabtu, 24 Mei 2008

8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita

8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita
1. Garang
( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh... macam ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.
2. Ganas
(kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebabtahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bu kan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.
3. Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.
4. Gabrah
(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.
5. Gentleman tiada
(langsung tak gentle, p entingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan m enghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.
6. Gerumal
(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) < /TT Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.
7. Ganggo
(keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.
8. Gatal
(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda k erana ada udang sebalik batu. Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik men ggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

Ahad, 4 Mei 2008

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

 

 

assalamualaikum...

KHUTBAH TERAKHIR

NABI MUHAMMAD SAW

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH

DI LEMBAH URANAH,

GUNUNG 'ARAFAH

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabk an atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru . Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya .

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

Legal Notice: This electronic communica

Bahaya teramat BAHAYA!!!!!!!mazhab Kristian yg 'mirip' Islam

 

Bahaya teramat BAHAYA!!!!!!!mazhab Kristian yg 'mirip' Islam

Seumur hidup tidak pernah dengar tentang salah satu cabang MAZHAB KRISTIAN ini , amat menakutkan terutama bagi anak-anak dan mereka yang tidak mendapat pendidikan ISLAM secara formal. Minta kita dijauhi dari sebarang fitnah ini, amin….

Subject: Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam

!cid_00fc01c8aa04$c01a7690$6a01a8c0@turbo
!cid_00fd01c8aa04$c01a7690$6a01a8c0@turbo
Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam - gambar BAHAYA BETUL..
Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam - gambar
Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama
dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru?
Saat Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya
itu bergegas sholat. Semuanya berkopiah dan dipimpin
seorang imam. Jangan keliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang
menunaikan kewajiban sholat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok
kristian ortodok, sebuah sektsa dalam agama Kristian. Boleh jadi,
orang awam akan terkeliru sebab , sektsa ini memang sangat mirip Islam.Bukan saja
asalnya serumpun,Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara
peribadatannya nyaris sama.Tengoklah saat mereka sholat.
Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam,bila
berjamaah,juga memakai bahasa Arab. Rukun sholatnya pun hampir sama. Ada ruku'
dan sujud. Bezanya,bila kaum Muslimin diwajibkan sholat 5 kali
sehari,penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam;
masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya:sa'atul
awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis(dhuha), sa'atus sadis (dhuhur),
sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'),
dan sa'atul layl (tengah malam).
Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang
Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan
shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil
kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam
Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada
Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus.
Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga
mengenal zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu
persepuluh dari pendapatan
Gambar2 ajaran kristian ortodok yg mungkin anda keliru.... jadi
berhati2laaaa kita tentang ajaran kristian ortodok... hebah kan laaa pada kawan2
kiter...Yang pasti........... ini bukan ayat al-Quran.....
Semoga kita semua berhati2..... jangan sampai terbeli....dan digantung
di rumah kita.Sebarkanlah supaya semua teman2 kita maklum.
Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR.............
Perhatian Kalu ternampak penghujungnya ditulis Surah Injilu Matay terus reject
Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua....
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada di dalam e-mail
ini...Jangan jadikan ia sebagai e-mail berantai anggaplah satu
yang penting kerana kita telah mengetahui akan pekara ini...
Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya
pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga...
tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat
untuk menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah
Al-Quran......sebenar ayat Bible
wallahualammmubissawab........

</O< span>