Facebook

Sabtu, 21 Jun 2008

Lelaki Punya Pasal/Bila perempuan menutup aurat... Maklum balas.

 Posted by: "Hizamri Johari" hizamri@yahoo.com hizamri

Sun Mar 30, 2008 9:26 pm (PDT)

Salam
Hmmm... Banyak juga respond untuk 2 artikel ni...
Saja nak SAKAT sikit perempuan yang suka meremehkan jasa dan sumbangan suami mereka...
Actually para suami pun tak boleh EOG/TERSENYUM LEBAR juga,, Sebab bila isteri masuk je dalam neraka...Na3uzubillah..Automatic bapak/suami/abang/anak lelaki akan di tarik sekali,
UNLESS lelaki2 ni dah sudah menjalankan tanggung jawabnya menasihati/mendidik perempuan2 mereka...
Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada kami: Tidakkah kamu suka menjadi satu perempat ahli Syurga. Kata Abdullah: Kami pun bertakbir. Baginda bersabda lagi: Tidakkah kamu suka sekiranya menjadi satu pertiga ahli Syurga. Kata Abdullah: Kami pun bertakbir. Kemudian Baginda bersabda: Sesungguhnya aku berharap semoga kamu menjadi separuh dari ahli Syurga. Aku akan memberitahu perkara itu kepada kamu iaitu tentang keadaan orang-orang Islam yang berada di tengah-tengah orang Kafir, adalah seperti sehelai bulu putih pada lembu hitam atau seperti sehelai bulu hitam pada lembu putih
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 324
Dalam hadith di atas...Nabi SAW beri perbandingan,.. bilangan orang islam vs orang kafir itu adalah seperti sehelai bulu hitam diatas lembu putih atau sebaliknya
Kalau sekarang ni nisbah Islam:Kafir adalah 1:5 ( kalau tak silap la, even 1:15 pun sama je ) maka perbandingan ini menjadi tidak tepat... sebab surely dah dapat lembu belang/kelabu asap... Islam yang bagaimanakah yang di iktiraf Nabi SAW dalam hadith ini? Nak tahu,.. sila rujuk buku "Apa erti saya memeluk agama Islam." oleh Fathi Yakan ( ehemm... promosi percuma...he he he)
http://saifulislam.com/?p=1216
Di bawah ni, ada pendapat/maklum balas beberapa orang lelaki & wanita ..
Semoga bermunafaat...
Maaf jika terkasar bahasa, tersilap kata... Yang salah & silap itu memang dari kelemahan sendiri..
WAllahua3lam
Wassalam
HIzamri
==================================================================
<azarinudin@yahoo.com>
Kalau saya mungkin tak akan terkata di depan orang. Tapi dalam hati masih terlintas perkataan yang sama. Mudahnya bagi manusia bila ada masalah/musibah mulalah cari alasan sebab apa jadi lagu tu. Dan yg pasti selalunya alasan tu tak akan kena batang hidung sendiri. Saya rasa orang belajar saiko pun tau.
Kalau tak percaya cuba lihat sekeliling.
1. Dalam Kemasyarakatan
- Sampah banyak - Salahkan Majlis Pembandaran
- Nyamuk - Salahkan Majlis dan JPS
- Banjir - Salahkan Majlis dan JPS
- Tak naik pangkat - Salahkan bos
- Wabak - Salahkan Kementerian Kesihatan
- Kos sara hidup tinggi - salahkan kerajaan, tokey tamak dll
- Islam ditindas - Salahkan Yahudi, orang kafir
- banyak lagi
2. Dalam Perhubungan
- Suami kawin lain - sebab isteri tak cantik, tak layan dan macam2 alasan
- Isteri dimadukan - Suami jahat, main kayu tiga, gatal dll
- Anak jahat - salahkan ibu bapa, kawan-kawan, cikgu, pengaruh TV dll
- Masalah suami-isteri - salahkan suami, isteri atau orang ketiga.
Pendek kata biasanya kita tak akan salahkan diri sendiri. Malah ada setengah pendapat dalam Phsycology sikap menyalahkan diri sendiri tu satu sikap yg negatif.
Saya bukanlah bermaksud kena salahkan diri sendiri atau pun orang lain. Dalam hal ni orang yg mengalaminya lebih faham. Tu pun kalau dia tu jenis boleh faham la. Dalam masyarakat ni tindakan setiap individu akan mempengaruhi satu sama lain. Secar langsung atau tidak langsung. Saling berkaitan. Cuma impaknya berbeza. Baik yg elok mahu pun yg buruk. Kesannya juga berbeza. Walaupun yg dibuat itu baik impaknya mungkin sebaliknya.
Jadi apa yang patut kita buat? Kalau tanya saya senang ja jawapannya. Kita harus kembali kepada Allah dan Rasulnya. Di situ asas kehidupan kita dalam Islam. Di situ juga terletaknya sifat tawakal kita kepada Allah. Sebab kita hanya mampu berusaha tapi Allah yg menentukan. Dan jua di situ kita belajar sifat Redha ke atas ketentuannya. Insyaallah, yang selebihnya Allah akan bantu.
Kenapa saya kata macam tu? Seolah-olah saya ambil mudah sahaja. Sebabnya siapa kata ikut Islam tu mudah. Banyak dugaan apa. Saya pun bukan dapat ikut semua tapi saya masih cuba. Bukan senang nak didik hati kita ni. Tapi kita tengok orang bijak pandai (depa yg kata la) lebih yakin kepada usaha mereka sendiri. Kadang-kadang saya sendiri pun ada perasaan yg sama. Contohnya bila kita bawa kereta, asalkan kita ada skill, bawa dengan hati-hati kita rasa kita akan selamat. Yg eksiden tu jenis yg cemerkap, kurang ajar dll. Tapi kalau kita tengok rumah/pokok/orang yg jauh dari jalan pun boleh kena langgar, terdetik juga dalam hati. Kita hanya mampu berusaha.
Sama lah kalau kita tengok rumah orang kaya siap dengan guard berpuluh orang dan sistem keselamatan yg canggih. Kalau nak kena rompak tu kena juga. Semua tu kuasa Allah. Juga lihat sekeliling. Ada yg mak bapa alim. Anak hantu. Dan ada yg bapak hantu. Anak alim habis.
Jadi di sini bukanlah saya kata tak perlu berusaha. perlu berusaha. Tapi kita perlu bertawakkal dan redha. dan juga dalam kita berusaha itu kita kena ingat/jaga 3 perkara
1. Hubungan kita dengan Allah
2. Hubungan kita dengan manusia
3. Hubungan kita dengan makhluk (semua termasuk alam sekitar)
Jadi jangan ingat orang kena jaga perasaan kita ja. Kita juga kena jaga perasaan orang. Kepentingan orang/makhluk lain. Dan semuanya itu kerana Allah.
Petikan dari satu nashid. Saya tak sempat nak taip. Saya attached terus la senang. Hayatilah......
Yg baik itu datangnya dari Allah, saya sekadar menyampaikan.walaupun saya bukanlah penyampai yg baik.
Azarinudin Johari
p/s : Maaf, saya copy semua dalam mail ini. Untuk kawan2 saya sama.
==================================================================
Latifah Abdul Wahab <la_abwa@yahoo.co.uk> wrote:
Rasanya tak marah kut. Cuma orang yg baca jadi marah sebab terasa diperbodohkan.
Saya tak rasa apa2 pun dengan perkataan bodoh tu sebab saya baca pada konteks ayatnya. Perkataan bodoh memang ada dalam kamus. Ia suatu perkataan yg menujukkan 'kata sifat' dan perbandingan. Kalau tak ada bodoh tak adalah pandai.
Bodoh ini boleh jadi ejekan, perkataan biadap dan suatu perkataan 'maki hamun' jika digunakan untuk tujuan itu. Sebab tu memang wajar kanak2 dimarahi jika menggunakan perkataan itu untuk melahirkan sifat marah kpd org lain. dikhuatiri perkataan bodoh itu akan diucapkan kpd ibubapa sendiri maka mungkin naka itu jadi anak derhaka kerana biadap. Kakak saya pernah cili mulut anak dia sebab kata bodoh sesama adik beradik.Hasilnya depa tak sebut dah, dan lepas tu depa jadi syok pulak makan pedas. Tak pedas kalu, depa pi kari chili padi potong taruk kicap.. :)
Tetapi jika digunakan kena pada tempatnya dan digunakan sebagai 'reverse psychology' bagi saya tak salah. Misalnya dalam ayat " menolak hukum hudud adalah bodoh." Ayat itu tidak bermaksud memaki sesiapa, tetapi adalah satu ayat kenyataan(General statement).Ayat yg lebih tepat ialah " menolak hukum hudud adalah kafir" (sila rujuk ayat 44 surah al-maidah) .,
Kita ni tak kira gender (jantina) sepatutnya janganlahlah sensitif tak tentu tempat. Boleh kalau nak berlembut atau nak berkasar, nak mengata atau nak bercerita. Pokoknya, kalau menulis di milis /egroup maka risikonya orang yg baca punya faham berbeda. Jadi kita harus saling tegur dan saling memaafkan. Ya kaluk saya, ngak apa2 sich dikata bodoh, malah goblok juga ok he he .. terkena sawan mak indon :).
Dalam Islam kita dibenarkan untuk membalas yg setimpal ttp membalas dgn yg lebih baik itu hasilnya lebih baik lagi. Bagi saya pula , tengok keadaan . Kadang2 sedap balas yg setimpal, kadang2 guna reverse psychology kadang kadang kita perli lembut2.Posting sebelum ni ada saya kenakan perkataan BODOH tu balik kpd Hizamri.. tak tau dia rasa pedas ke rasa kelat ke atau rasa kebas (tak rasa apa). Ikut firasat saya dia faham apa saya tulis.
habsah ismail <syahis40@yahoo.com> wrote:
Memang la saling melengkapi tapi kalau seorangnya tak berapa nk ikut,,.susah juga .
Maka perkataan yg sesuai :"Sabo aje le".
Cik tipah,....en hizamri tu marah sgt ke hingga terkeluar perkataan BO......! beberapa kali. Kami tak berapa suka kalau anak2 kami sebut perkataan tu atau apa saja perkataan yg sewaktu dgnnya.
Rasanya saya tak bantah atau protes pun tentang nasihat en hizamri tu. Kan saya kata alhamdulillah dan kemudian saya sarankan agar lelaki pun perlu diberi nasihat.! Bukan apa , lelaki egonya tinggi sikit....bila dinasihat susah nak terima (bukan le semua).
Contoh2 yg saya beri tu pun atas pengalaman dan pandangan peribadi.
En hizamri,...kan baru nasihat agar wanita jaga tutur kata, lemah lembut, jgn mengata jadi apa salahnya lelaki juga bersifat seperti itu.
Bukan juga nak saling menyalahkan tapi menceritakan situasi sebenar yg berlaku atas kekurangan keimanan seseorang lelaki yg sepatutnya melindungi wanita.
Saya percaya yg dalam al-falah ni, tak begitu ..... insyaallah ye!!!!!!!
----- Original Message ----
From: abumuaz fdb <abumuazfdb@yahoo.com>
To: al-Falaah@yahoogroups.com
Sent: Friday, March 28, 2008 4:23:09 PM
Subject: Re: **Al-Falaah** Bila wanita menjaga aurat
Betul ya Tuan Fadli, saling membantu peranan masing-masing yang berbeza. Tapi matlamat sama.
Lihat senarai 25 rasul itu. Tak ada sorang pun nama wanita. Tapi wanita juga disoal macam lelaki nanti.. Kaum Nabi Luth ditelangkup lelaki dan wanita.
Kekadang terjadi salah fikir (dalam hal politik misalnya), adil bermakna ada ramai wakil parlimen wanita misalnya. Tanda ramai wakil wanita dalam parlimen itu tanda wanita dihargai. Kalau ada parti nak lantik wakil wanita itu kebijaksanaan mereka, tak campur. Tapi jangan terperangkap dalam salah faham. Manusia terbaik Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, Muawiyah rahum tak pernah melantik gabenor dari kalangan wanita, merekalah paling adil. Dalam senarai 25 rasul tak ada seorang wanita. Allah Maha Adil.