Facebook

Isnin, 10 Disember 2007

> *SeTiAp Yg TeRjADi ADA HiKmAH Di SebALiKnYA* > ~Semoga tubuh kita tak tercalar najis, iman tak tercalit noda, niat tak > tergoda nafsu…insya Allah~ > Buat semua yang dirahmati Allah swt dgn kalimah-kalimah nya. > > Renung-renunglah semoga kita mendapat hidayat dari pengertian ini. > > > Wassallam. > > >

PETUA CUCI HATI

> > Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

> > Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini > ada > beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi > Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. > > 1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang > sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku > bersih" > 2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - > Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa > diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan > mencetuskan > semua perkara kebaikan. > 3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati > dan > menenangkan minda. > 4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, > penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" > sebanyak 3X. > 5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu > sebutkan. > 6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, > kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah > "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka) > 7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, > senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci > hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, > positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat > dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya 8. Berpuasa - > Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara > kejahatan. > 9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, > tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa). > 10. Kekalkan wuduk. > 11. Bersedekah. > 12. Belanja orang makan. > 13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat. > 14. Berkawan dengan ulama. > 15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi). > 16. Pesan pada orang, jadi baik. > 17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang > mengumpat. > > "sampaikanlah pesanan ini walaupun 1"

Tiada ulasan: