Facebook

Isnin, 10 Disember 2007

Mengapa Hanya Melayu Yang Terhegeh-Hegeh Ke Jom Heboh Anjuran TV3

Demi Masa Sesungguhnya Manusia Itu Dalam Kerugian, Kecuali Orang-Orang Yang Beriman Dan Beramal Soleh Dan Yang Berpesan Dengan Kebenaran Serta Berpesan-pesan Dengan Kesabaran. -Surah al-ásr

Jalan sesak menuju ke Stadium Indera Mulia, parking dikatakan penuh dan ada yang terpaksa mengheret ahli keluarga berjalan hampir 1km semata tak mahu ketinggalan ke karnival Jom Heboh anjuran Tv3. Bagi mereka persetankan kenyataan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria dan Majlis Mufti-Mufti yang telah mengharamkan Sure Heboh yang kini Jom Heboh.
Berikut adalah perbualan semasa minum pg dengan sahabat yang hadir ke Jom Heboh di Stadium Indera Mulia.
mrcoconut : Hangpa pi jom heboh ?
yop heboh : Aku pi, hang tak pi ke, rugi macam-macam adaaa.
swiss roll era fazira pun sedaaap.
mrcoconut : Aku tak pi, pasal harussani kata haram!
yop heboh : ehhhh.. habih, kalau pi kenapa ? bukan pi tengok
konsert, round pameran saja, itu pun tak boleh ke?
mrcoconut : setahu aku dah mufti kata haram tu, haram lah!
yop heboh : ehh.. pandai-pandai lah ngkau!
mrcoconut : Itu lah sebab aku tak teringin nak kesana
yop heboh : Habis ramai orang pegi? pak aji pun ada!
mrcoconut : macam ni lah. ayam yg sembelih tu halal makan tak?
yop heboh : ??!Q# .. halal lah dah sembelih boleh makan
mrcoconut : ok, ayam sembelih halal makan, tapi halal tak
ayam sembelih tu kalau letak satu freezer
dengan babi?
yop heboh : ??Q!?/...
mrcoconut : halal ke haram?
yop heboh : Haramlah tapi itu ayam, ini jom heboh
mrcoconut : Ok, masa hang kat sana, hang perasan tak keliling
hang, kiri kanan, depan belakang hang yg bersesak-
sesak semua tu,.. bangsa apa? melayu, cina, india,
jerman?
yop heboh : a'aa laa, Melayu
mrcoconut : haaa.. kalau jom heboh tu tempat yg elok untuk
bawak anak bini jalan, beli belah, tengok pameran
mengapa bangsa yg maju seperti Cina yg kaya, banyak
duit tak pi beli belah kat sana, mengapa tak ramai
bangsa lain yang kesana, mengapa bangsa melayu
saja yang ramai hadir?
yop heboh : ?Q!@$&*..
mrcoconut : Sebab orang melayu leka, suka berhibur, tak tahu
membezakan baik buruk suatu perkara pasal tu lah
Mufti dah kata haram pun pakat pi jugak.
yop heboh : Jadi haramlah aku pi sana?
mrcoconut : Macam hang kata tadilah, ayam
sembelih kalau letak satu freezer
dengan babi tetap haram walaupun
hang beli balik masak ayam tu saja.
Pasal letaknya ayam tu bersama
babi-babi yang haram!
yop heboh : senyum kambing.
"Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu... " Surah Al-Maaidah, ayat 100.
Pada 30 Julai 2004 Majlis Mufti-Mufti telah memutuskan mereka yang menganjur, menghadiri dan menonton konsert berkenaan adalah juga Haram. Menariknya ramai yang hadir ke karnival Jom Heboh anjuran Tv3 memberi alasan kenyataan Mufti hanya haramkan konsert dan ramai yang hadir memberi alasan seperti sekadar berkunjung ke gerai-gerai pameran dan membeli belah mana yang patut. Begitulah asam garam manusia berdolak dalik semata memenuhi desakan nafsu. Kita letak ketepi dahulu bab hukum tetapi apa yang kita mahu nyatakan di sini adalah pengunjung yang membanjiri karnival Sure Heboh dahulu dan Jom Heboh sekarang.
Kalau diperhatikan sekalian yang hadir membanjiri karnival Jom Heboh berkenaan yang di adakan secara road show majoriti yang kita lihat adalah bangsa Melayu. Dari muda-mudinya, yang berkeluarga hinggakan pak aji dan mak aji pun hadir sama. Kita boleh lihat sendiri di kaca tv pada malam konsert utama baik Sure Heboh dahulu dan Jom Heboh sekarang hampir kesemua yang kita lihat adalah bangsa Melayu. Persoalannya mengapakah hanya bangsa Melayu yang hadir ke karnival Jom Heboh ? dimanakah bangsa Cina dan India umpamanya.
Jika persoalan hadir semata berkunjung, melawat ke gerai pameran, mengapa bangsa yang memiliki kuasa beli yang tinggi seperti bangsa Cina hampir tidak kelihatan di karnival berkenaan. Jika karnival Jom Heboh tempat yang baik untuk beli belah dan bawa anak bersantai mengapa bangsa yang boleh kita katakan lebih maju dari Melayu seperti Cina hanya sebilangan kecil yang kita nampak mengunjungi karnival berkenaan. Di malam konsert utama misalnya padang persembahan penuh dengan pasangan melayu dan ada yang tanpa segan silu berpelukan malah dengan aksi-aksi menjurus ke jalan zina. Pengunjung bercampur lelaki perempuan, yang tua dan muda, yang berkeluarga dan berpasangan tetapi kebanyakannya bangsa Melayu. Dimana bangsa lain dan mengapa mereka tidak terhegeh-hegeh seperti orang Melayu berkunjung ke karnival tv3 berkenaan.
Inilah satu persoalan yang amat menyedihkan semua. Bangsa Melayu leka berhibur dan kerap kali gagal mengimbang antara desakan nafsu dan tuntutan agama. Memalukan bila bangsa lain yang bukan Islam tidak seberapa untuk hadir ke karnival sedemikian sedangkan dari jalan raya hinggalah ke tapak karnival penuh dengan orang Melayu.
Tanpa kita sedari dalam kita menuntut pembatalan cadangan IFC, dalam kita memperjuangkan isu murtad, dalam kita keluh kesah usaha muda mudi kita di pesonakan golongan kristian program-program hiburan sedemikian telah melekakan bangsa Melayu dan orang Islam. Karnival berkenaan melekakan dan melemahkan orang Melayu dan Islam dari menumpukan isu-isu penting dalam hidup dan masa depan mereka dan di sisi agama. Anak-anak muda, dewasa lalai dan leka seolah isu-isu besar agama tidak langsung menghantui mereka. Seolah hadir ke karnival itu satu gah bagi mereka dan satu kepincangan jika tidak menghadirinya.
Sedangkan dalam gerombolan manusia yang penuh sesak itu penuh dengan muka-muka kulit sawo matang, hampir kebanyakannya Melayu!
Dalam hal ini usaha Pas Perak yang amat lah dipuji. Relawan Pas yang terdiri dari unit amal dan Pemuda telah turun menabur khidmat dengan mengedar risalah keratan akhbar kenyataan Mufti Perak dan Majlis Mufti yang memutuskan Sure Heboh atau Jom Hehoh itu haram. Haram pada yang menganjur, juga haram pada yang menghadirinya.
Melayu Islam sepatutnya peka akan hal ini. Amat memalukan bila bangsa Melayu lebih terkehadapan dalam program hiburan berbanding program-program lain yang lebih bermanfaat pada bangsa dan agama sendiri.
Melayu yang hadir sepatut nya malu dan sedar akan apa yang telah mereka lakukan.
"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta" al-an'am, ayat 116
Wassalam.

Kebahagiaan Sebenar

Menggapai Kebahagiaan Hakiki
Apakah kita termasuk orang yang bahagia?
Sebuah pertanyaan yang layak untuk dilontarkan kepada diri kita
masing-masing. Mungkin di antara kita saat ini ada yang memiliki
harta melimpah ruah, tetapi tidak merasa bahagia. Ada pula yang
memiliki populari dan jawatan yang tinggi, namun dia tidak merasa
bahagia. Ada juga di antara kita yang sangat terpandang di
masyarakat dan menjadi tokoh terkemuka, tetapi itu pun tidak
membuatnya bahagia. Ada juga yang mencuba melancong ke luar negeri
mengunjungi tempat-tempat yang menarik yang beraneka ragam namun
ternyata kebahagiaan itu tidak juga diperolehinya.
Kalau demikian, ternyata ukuran bahagia itu bukan ada pada banyaknya
harta, bukan ada di jabatan dan jawatan, bukan pula pada ketokohan
seseorang dan juga bukan dengan melancong. Lantas di manakah
kebahagiaan itu, dan bagaimana pula kita dapat merealisasikannya?
Kebahagiaan adalah keadaan jiwa ketika seseorang mampu melakukan
suatu perbuatan yang bernilai dan luhur. Ia merupakan kekuatan
batin yang memancarkan ketenangan dan kedamaian, merupakan kurnia
Allah swt. yang membuat jiwa lapang dan bergembira.
Bahagia adalah kejernihan hati, kebersihan perilaku dan keampuhan
rohani. Hal itu merupakan pemberian Allah swt. yang diberikan
kepada siapa saja yang melakukan perbuatan terpuji. Bahagia adalah
rasa redha yang mendalam dan sikap qana'ah. Ia bukan barang
dagangan yang boleh dibeli di pasar oleh orang sekaya apa pun,
tetapi merupakan dagangan Allah swt. yang dikurniakan kepada jiwa-
jiwa yang terpilih.
Kebahagiaan itu kelapangan jiwa, bahagia itu tatkala anda mampu
membuat senang hati orang lain, mengukir senyuman di wajah, dan
anda merasa lega tatkala dapat berbuat baik kepada sesama, merasa
nikmat ketika anda bersikap baik kepada mereka.
Kebahagiaan adalah membuang jauh segala fikiran negatif dan
mengisinya dengan fikiran yang positif. Ia merupakan sebuah
kekuatan yang mampu menghadapi berbagai tekanan dan sekaligus
mencari jalan penyelesaian bukan berdasarkan emosi. Kebahagian itu
ada pada ilmu yang bermanfaat dan amal yang salih, ada dalam
meninggalkan kebencian, kedengkian dan sikap tamak terhadap
kepemilikan orang lain.
Bahagia itu terdapat dalam dzikir kepada Allah subhanahu wata'ala,
syukur kepada-Nya dan memperbagus ibadah kepada-Nya. Dan
kebahagiaan hakiki adalah meraih surga dan terbebas dari api neraka.
Ungkapan tentang Kebahagiaan:
Orang yang berbahagia adalah orang yang mengambil pelajaran dari
orang lain dan orang yang celaka adalah orang yang dijadikan
pelajaran oleh orang lain.
Bahagia adalah jika anda senang untuk berbuat kebaikan, bukan
dengan berbuat apa saja yang anda senang.
Orang bahagia adalah orang yang mengambil pelajaran dari masa lalu
dan berhati-hati terhadap dirinya. Orang celaka adalah orang yang
mengumpulkan harta untuk orang lain dan bakhil untuk memberikan
kebaikan kepada dirinya sendiri.
Orang bahagia iaitu yang mahu mengambil faedah dari pengalaman masa
lalu, bersemangat pada hari ini dan optimis menyambut masa depan.
Kebahagiaan itu diraih dengan menjaga lisan.
Seseorang tidak akan meraih kebahagiaan kecuali jika dia hidup
merdeka, terbebas dari cengkaman syahwatnya serta mampu menahan hawa
nafsunya.
Kesungguhan anda dalam mencintai ketaatan, hati yang selalu anda
hadapkan ke hadirat Allah swt., dan kehadiran hati ketika sedang
beribadah merupakan indikasi cepatnya kebahagiaan.
Kebahagiaan itu tidak mampu dibeli dengan harta tetapi ia sering
dijual.
Tanda-tanda Kebahagiaan.
Kebahagiaan memiliki tanda-tanda, sebagaimana disebutkan oleh Imam
Ibnul Qayyim rahimahullah. Beliau menyebutkan tiga perkara iaitu:
Jika mendapatkan nikmat, dia bersyukur.
Jika mendapatkan ujian, dia bersabar.
Jika berbuat dosa, dia beristighfar.
Langkah Menggapai Bahagia
Di antara langkah-langkah yang yang akan membawa kepada kebahagiaan
dan kejayaan adalah sebagai berikut:
1. Beriman Kepada Allah swt.
Tidak ada kebahagiaan tanpa iman kepada Allah swt., bahkan
kebahagiaan itu akan bertambah seiring dengan bertambahnya iman
seseorang kepada Allah swt. dan akan melemah bersamaan dengan
lemahnya iman kepada-Nya. Apabila iman semakin kuat, maka makin
besar pula kabahagiaan. Sebaliknya jika ia melemah, maka kegoncangan
dan fikiran negatif akan bertambah yang dapat membawa kepada
pahitnya kehidupandan
kebinasaan.
2. Beriman kepada Kekuasaan Allah swt.
Orang yang beriman bahawa Allah swt. itu Maha Kuasa tanpa batas,
maka dia tidak akan dirundung duka, tidak dibuat sedih oleh berbagai
masalah kerana dia mempunyai tempat bersandar yang kuat, ketika
sedang
ditimpa suatu ujian dan kesulitan.
3. Beriman dengan Ketetapan Allah swt.
Iman dengan qadha' dan qadar akan menyuburkan sikap redha dalam
hati, kelapangan jiwa dan ketenangan. Oleh karena itu Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
"Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, sesungguhnya seluruh
urusannya
adalah baik. Jika ditimpa kelapangan, maka dia bersyukur dan itu
adalah
baik baginya. Dan jika ditimpa kesempitan, maka dia bersabar dan itu
pun
baik baginya." (HR Muslim)
4. Berteladan kepada Orang yang Berjaya
Yang dimaksudkan di sini adalah orang yang telah memberikan
sumbangan yang besar dan luar biasa bagi umat manusia dan dia adalah
orang yang beriman kepada Allah swt. Yang pertama dan utama adalah
ikutan kita Rasulullah Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Dengan
mengikuti jalannya, maka seseorang akan bahagia dan dengan
meninggalkan petunjuk dan sunnahnya, maka seseorang akan celaka.
5. Mengenali Kehidupan
Hidup pasti akan menghadapi masalah, mendapati kesusahan dan pasti
ada rintangan dan ujian. Semua ini merupakan ketetapan dari Allah
swt. terhadap manusia, supaya diketahui mana orang yang lebih baik
amalnya. Maka wajib bagi kita untuk mengenal karakteristik hidup ini
dan menerima sebagaimana wajarnya dan tidak menutup diri untuk
menghadapi ketentuan Allah dengan ketentuan lainnya, menghadapi
yang tidak kita senangi dengan sesuatu yang dapat menghilangkannya.
Mengetahui permasalahan ini bukan bererti pasrah dan putus asa,
tetapi bersikap sebaliknya.
6. Mengubah Kebiasaan Negatif Menjadi Positif
Doktor Ahmad Al-Bara' Al-Amiri mengatakan bahawa memulai kebiasaan
baru yang bersifat aqliyah (yang mampu difikirkan) itu tidak sukar,
diperlukan kira-kira 21 hari. Dalam hari-hari tersebut kita
berfikir, berbincang-bincang, lalu mengusahakan segala yang boleh
mendukung untuk terwujudnya kebiasaan baru itu, dan terakhir kita
menggambarkan dengan jelas dan sempurna bahawa diri kita telah
menjadi yang kita inginkan.
Jika kita telah berfikir bahawa kita telah menjadi yang baru
sebagaimana kita kehendaki, maka gambaran ini secara bertahap akan
menjadi sebuah realiti. Hal ini seperti diungkapkan bahawa "al hilm
bittahallum wal ilm bitta'allum" sikap lembut dicapai dengan selalu
berusaha lembut dan ilmu itu diraih dengan belajar. (Durus nafsiyah
linnajah wattafawwuq)
7. Tujuan Yang Mulia
Banyak orang yang celaka kerana dia tidak memiliki sasaran dan
tujuan yang dia usahakan agar memperoleh apa yang diinginkan. Atau
dia punya tujuan tetapi bukan sesuatu yang mulia dan tinggi
sehingga dia tidak merasa bahagia tatkala berusaha menggapainya.
Sedangkan tujuan yang mulia, maka akan menjadikan seseorang merasa
bahagia ketika sedang berusaha untuk mencapainya.
8. Ringankan Derita
Orang hidup pasti mengalami musibah dan derita, namun tak
selayaknya musibah itu disikapi sebagai akhir dari segalanya, dan
jangan beranggapan bahawa hanya dirinyalah yang menda-patkan ujian
hidup. Bahkan selayaknya dia memperingan musibah dan tidak terlalu
membesar-besarkannya.
9. Hal Remeh Jangan Dibuat Resah
Ada sebahagian orang yang merasa resah dan kalut dengan kejadian-
kejadian biasa dan lumrah dalam kehidupan sehari-hari. Di antara
mereka ada yang begitu sedih dengan pecahnya piring atau gelas,
saluran air atau kabel yang putus, baju yang robek dan lain-lain
yang sebenarnya remehan saja.
10. Kebahagiaan Ada Pada Diri Anda
Jika kebahagia itu ada pada diri kita, maka mengapa harus jauh-jauh
mencarinya, kerana setiap manusia punya kekuatan dan potensi
bahagia, tetapi kebanyakan mereka tidak mahu melihatnya. Sebabnya
adalah karena dia tidak pernah memperhatikan diri sendiri, tetapi
sibuk melihat orang lain.
Kebahagiaan terkadang ada di depan mata, tetapi kita tidak
mengetahuinya, sehingga kita mencarinya lagi kepada yang lebih jauh
dan semakin jauh. (Khalif Muttaqin)
Tulisan ini diterjemahkan dari buku: Daliluka Ila As-Sa'adah An-
Nafsiyah

Peringatan dari 5 Jari Anda ?

Rahsia 5 jari

1.      Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.
2.     Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.
3.     Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan.
4.     Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja, semuanya sweet… manis mcm jari manis. Masa remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.
5.     Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomy & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu- hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki,hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan.
So kita kena la lipat gandakan ibadat.
6.     Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.
7.     Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat2 apa rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.

Orang yang banyak gelak itu kurang wibawanya..
Orang yang suka menghina orang lain,
dia juga akan dihina..
Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain,
pasti kehormatan dirinya akan terjaga..
Orang yang menyintai akhirat,
dunia pasti menyintainya. .
Renungkanlah teman-teman. ..

Yang baik Itu Budi; Yang Indah Itu Bahasa

Dari Aisyah r.a, isteri nabi s.a.w, dari nabi s.a w sabdanya:

”Sesungguhnya ramah tamah dalam segala urusan menjadikan urusan itu cantik (berjaya). Tanpa ramah tamah nescaya setiap urusan menjadi buruk.”

Pahala Yang Kita Tak Nampak Tapi Berterusan

Assalamualaikum,
Sedekah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir!
1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan
hasanah.
2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit
menggunakannya, anda dapat hasanah.
3. Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.
4. Bantu mendidik seorang anak.
5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda
dapat hasanah.
6. Berkongsi CD Quran atau Do'a.
7. Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.
8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung
dibawahnya, anda dapat hasanah.
10. Hantarkan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan
salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.
Insyallah.

> *SeTiAp Yg TeRjADi ADA HiKmAH Di SebALiKnYA* > ~Semoga tubuh kita tak tercalar najis, iman tak tercalit noda, niat tak > tergoda nafsu…insya Allah~ > Buat semua yang dirahmati Allah swt dgn kalimah-kalimah nya. > > Renung-renunglah semoga kita mendapat hidayat dari pengertian ini. > > > Wassallam. > > >

PETUA CUCI HATI

> > Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

> > Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini > ada > beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi > Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. > > 1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang > sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku > bersih" > 2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - > Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa > diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan > mencetuskan > semua perkara kebaikan. > 3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati > dan > menenangkan minda. > 4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, > penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" > sebanyak 3X. > 5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu > sebutkan. > 6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, > kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah > "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka) > 7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, > senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci > hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, > positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat > dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya 8. Berpuasa - > Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara > kejahatan. > 9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, > tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa). > 10. Kekalkan wuduk. > 11. Bersedekah. > 12. Belanja orang makan. > 13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat. > 14. Berkawan dengan ulama. > 15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi). > 16. Pesan pada orang, jadi baik. > 17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang > mengumpat. > > "sampaikanlah pesanan ini walaupun 1"

                                 BACALAH YAASIN
                                 RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
                                 "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan",
                  iaitu:
                                 1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh
                    menjadi kenyang.
                                 2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
                                 3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
                                 4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
                                 5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
                                 6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa
                    yang dilihatnya.
                                 7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
                                 8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal
dunia, Allah meringankan siksanya.
                                 9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa
hausnya.
                                 10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar
daripada penyakitnya.
                                 11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap
sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.
                                 Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan
pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
                                 12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal
orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa
malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.
                                 Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah,
menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan
jenazahnya".
                                 13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa
orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari
syurga membawa minuman untuknya.
                                 Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan
dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit
ketika nyawanya diambil.
                                 14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa
bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat
pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap
huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima
suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang
daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia
adalah orang-orang yang munafik.
                                 Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada
teman seagama yang lain.

Isnin, 3 Disember 2007

Bulan Rejab

BULAN REJAB

Wahai Saudara-saudari ku yang budiman, Pada hari Isnin tanggal 16 Julai 2007 kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Mari kita simak ada apa di balik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:

* Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

* Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi'raj (Sabtu, 11 Ogos 2007) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

* Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

* Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (16,17,18 Julai 2007) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat

* Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah swt

* Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan delapan pintu syurga

* Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari
puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari
madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu
Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt.
Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?"
Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang disiksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab niscaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur."
Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari siksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun."

Sabda beliau lagi "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku." "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."

Ahad, 25 November 2007

subsubhanallah...

Aku terima klip ni dari e-mail...aku pun tak tahu kebenaran sebenarnya..tapi menurut e-mail yang aku terima............................
> Kepada yang bakal jadi mak dan ayah & sewaktu dgn-nya, > Jaga mulut bila nak bercakap.. jaga perangai, tingkah laku..> Kebesaran-NYA ada di mana2.. Dgn harapan, movie trailer ini akanjadi> pengajaran buat kita semua.
> Sekian..> >>


Subject: FW: Emailing: Makkah Hospital> Assalamualaikum.....> Kejadian ini benar2 berlaku di Makkah.....member office pergi keMakkah> menunaikan Umrah. Bertolak 10 Jun 2007 dan pulang ke Malaysia 27 Jun > 2007.> Ceritanya berlaku kat hospital Makkah. Ibu malang ini telahmempunyai 2> orang anak perempuan dan mengandungkan anak ketiganya yang menurutkata> doctor anak itu juga seorang perempuan. Memandangkan ibu itu sudah > mempunyai> 2 anak perempuan jadi dia teringin pula anak lelaki. Oleh keranadoctor> mengatakan anak yang dikandungnya adalah perempuan, dia merasa sedihdan> setiap kali orang tanyakan kandungannya lelaki ke perempuan (semasa dia> mengandung) dengan berseloroh dia menjawab dia mengandungkan anakular.> Tiba hari yang ditentukan Allah untuk dia melahirkan bayi di dalam> kandungannya itu, maka dia telah melahirkan anak yang menyerupai wajah> ular.> Subhanallah. Nauzubillah....> Lihatlah gambar yang dirakamkan ini.....
Sesungguhnya Allah itu maha agung..dan pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian....Dan sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri kita.



Orang Mulia Putra dari Orang Mulia

1.
Orang Mulia Putra dari Orang Mulia ...
Posted by: "Budi Ari" kuhanyaorangbiasa@yahoo.com kuhanyaorangbiasa
Fri Nov 23, 2007 5:18 pm (PST)

Orang Mulia, Putra dari Orang Mulia …
Imam al Bukhari rahimahullaH membawakan dua buah hadits dalam Kitab Shahih-nya berkenaan dengan masalah ini,
Dari Ibnu Umar radhiyallaHu ‘anHu, Nabi ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam bersabda,
“Sesungguhnya orang mulia, putra orang mulia, putra orang mulia, putra orang mulia, Yusuf bin Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim KhalilullaH”
Dan dari Abu Hurairah radhiyallaHu ‘anHu (hadits no. 3490), dia berkata,
“Dikatakan, ‘Wahai Rasulullah siapakah manusia yang paling mulia ?’, beliau menjawab, ‘Yang paling bertakwa diantara mereka’. Mereka berkata, ‘Bukan tentang ini yang kami tanyakan kepadamu’. Beliau bersabda, ‘Yusuf Nabi Allah’”
Imam Ibnu Hajar al Asqalani rahimahullaH berkata tentang hadits di atas (hadits no. 3490),
“Imam al Bukhari menyebutkan hadits ini secara ringkas, dan selengkapnya telah dikutip pada kisah Nabi Yusuf ‘alayHis sallam. Maksud penyebutannya di tempat ini cukup jelas. Hanya saja Yusuf ‘alaiHis sallam dikatakan manusia paling mulia, karena dirinya adalah Nabi keempat dari satu garis keturunan secara beruntun, dimana hal seperti ini tidak didapati pada selain beliau ‘alayHis sallam” (Fathul Baari Jilid 18, hal. 13).
“Yaa Rabb-ku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebagian ta’bir mimpi. (Yaa Rabb-ku), Pencipta Langit dan Bumi, Engkaulah pelindungku di dunia dan akhirat, wafatkan-lah aku dalam keadaan Islam dan kumpulkanlah aku dengan orang-orang yang shalih” (QS. Yusuf : 101)
Maraji’ :
Fathul Baari Jilid 18, Imam Ibnu Hajar al Asqalani, Pustaka Azzam, Jakarta, Cetakan Pertama, September 2006.
Mudah-mudahan dapat Bermanfaat.
Allah Ta'ala berfirman, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni dosa selain (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar" (QS. An Nisaa' : 48)
Dari Abu Dzar ra., Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam bersabda, "Jibril berkata kepadaku, 'Barangsiapa diantara umatmu yang meninggal dunia dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun, maka pasti dia masuk surga'" (HR. Bukhari) [Hadits ini terdapat pada Kitab Shahih Bukhari]